Commons:Wiki Cintai Bumi 2020 di Malaysia
Note:
Due to the current ease of lockdown (MCO) restriction by the Government of Malaysia where visitors are allowed back to enter public-designated forests and national parks starting 15 June 2020, the Wikimedia Community User Group Malaysia has decided to extend the submission deadline of photos for Wiki Loves Earth 2020 in Malaysia until 31 July 2020.
Wikipediawan Malaysia telah mengumumkan penyertaan mereka dalam pertandingan foto Wiki Loves Earth. Para pengguna dijemput untuk menangkap gambar tapak-tapak warisan alam semula jadi, kemudian memuat naik gambar-gambar terbaik di Wikimedia Commons sepanjang bulan Jun.
Adakah anda menyimpan gambar-gambar tapak semula jadi sejak kali terakhir melancong? Inilah peluang keemasan untuk mengabadikan pemandangan indah yang telah anda rakamkan di pertandingan Wiki Loves Earth. Bukan sahaja untuk tatapan orang ramai, malah gambar anda mungkin akan disertakan dalam Wikipedia sebagai sumbangan kepada usaha memelihara warisan alam Malaysia. Gambar-gambar berlesen bebas yang dikumpul menerusi Wiki Loves Earth juga boleh diguna semula di mana-mana laman web selain Wikipedia. Foto-foto boleh ditangkap pada bila-bila masa sahaja, asalkan ditangkap oleh anda sendiri sahaja dan dimuat naik ke Wikimedia Commons dalam tempoh Jun 2020 untuk layak!
Tiada had umur, tiada caj penyertaan. WLE bukan sahaja peraduan, bahkan juga aktiviti yang menghiburkan, sesuai untuk seisi keluarga. Peraduan ini juga membolehkan kita untuk menyebarkan ilmu warisan alam kita sambil mengasah kemahiran fotografi!
Untuk menyertai peraduan Wiki Loves Earth, penyertaan anda hendaklah:
Peraduan ini mula-mula diadakan (sebagai perintis) oleh Wikimedia Ukraine pada tahun 2013. Ia menduduki tangga kedua projek paling 'cool' Wikimedia Chapters di Wikimania 2013.
Orang-orang yang berminat untuk membantu dalam penganjuran peraduan adalah seperti berikut:
Ahli juriPengundian |
Wiki Loves Earth merupakan peraduan fotografi antarabangsa yang bertujuan mempromosikan tapak-tapak warisan semula jadi di seluruh dunia menerusi projek-projek Wikimedia (khususnya Wikipedia dan Wikimedia Commons). Dibuka kepada semua orang. Semua negara yang mengambil bahagian mempunyai tapak-tapak warisan alam yang banyak. Wiki Loves Earth bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mengambil gambar tapak alam tersebut untuk dimuat naik dengan lesen bebas untuk tatapan seluruh warga dunia menerusi Internet. Untuk tujuan itu, diadakannya peraduan antarabangsa pada bulan Jun 2020. Laman ini memperkenalkan bahagian Malaysia dalam peraduan ini. Pada bulan Jun, anda boleh memuat baik sebanyak mana gambar yang anda mahu tentang monumen alam, taman semula jadi, atau kawasan terlindung (suaka alam) dikenali yang pernah anda lawati. Tidak semestinya gambar perlu diambil pada bulan Jun, tetapi mesti dimuat naik pada bulan Jun untuk layak. Sertakan templat {{Wiki Loves Earth 2020|my}} pada foto anda. Pada hujung bulan, pengadil akan mula menilai gambar-gambar dan memilih 10 gambar terbaik tapak semula jadi di Malaysia dan di dunia.
Cara menyertai
Timeline1 June - 31 July 2020 : The period of uploading photos to Wikimedia Commons PrizesLocalCertificates of participation will be given to all participants who submit photos that meet the conditions of the competition.
Special winnerMost submission with high quality and useful photos in Wiki Loves Earth 2020 in Malaysia will be given RM 75 voucher. InternationalTop 10 winning pictures will go to the international part. 1st place winner in international part will get a full scholarship to Wikimania 2021 or an Amazon voucher for the same value. Ask usEmail : wikilovesearthmalaysiagmail.com or through our official Instagram account File:File:Instagram logo 2022.svg. |