Commons:Wiki Loves Earth 2015
Wiki Loves Earth | ||
---|---|---|
Wiki Loves Earth 2015 adalah sebuah pertandingan fotografi antarabangsa – dengan subjek warisan semula jadi (kawasan dilindungi) – di pelbagai negara. Untuk semua negara yang menyertai, terdapat pertandingan berasingan yang dianjurkan oleh pasukan tempatan, jadi tempoh, peraturan, hadiah dan sebagainya mungkin sedikit berbeza. Selepas semua peserta akhir negara telah dipilih, seorang juri antarabangsa akan memilih pemenang keseluruhan; bandingkan ggaleri peserta akhir dan pemenang 2015.
Konsep
Wiki Love Earth (WLE) dimulakan dan pertama kali diadakan oleh Wikimedia Ukraine pada 2013. Pada tahun kedua, WLE 2014 diadakan di 15 buah negara/wilayah.
Matlamat asas pertandingan ini adalah untuk mengumpulkan gambar bagi tapak-tapak warisan semula jadi – seperti rizab alam semula jadi, kawasan pemuliharaan landskap, taman negara, kawasan landskap yang indah, kebun yang menakjubkan dan sebagainya – untuk menggambarkan rencana-rencana di ensiklopedia bebas Wikipedia dan projek Yayasan Wikimedia yang lain. Seperti Wiki Loves Monuments (WLM), kami menggunakan senarai rasmi kawasan dilindungi, yang biasanya boleh didapati daripada agensi-agensi pemerintah.
Fokusnya bukan sahaja pada tapak-tapak dengan kepentingan semula jadi, tetapi juga yang dilindungi di peringkat wilayah dan juga pelbagai tapak semula jadi yang mungkin seperti hutan, taman, kebun, batuan, gua atau apa-apa bahagian semula jadi yang dilindungi di negara anda. Ini bermaksud kebanyakan pengguna boleh mencari beberapa tapak warisan semula jadi yang dekat dengan mereka.
Negara yang menyertai
Pertandingan akan datang
Senarai ini termasuklah negara yang dengan jelasnya akan mengambil bahagian, di mana pasukan organisasinya telah pun ditubuhkan dan laman Commons asas juga telah dicipta.
Pertandingan yang masih dalam persiapan atau statusnya tidak jelas
Senarai di bawah termasuklah negara yang (mungkin) ingin menyertai pertandingan ini.
Negara | Laman Commons | Tempoh pertandingan | Laman pertanyaan | Catatan | Senarai kawasan/objek yang dilindungi | Kempen | Muat naik |
---|---|---|---|---|---|---|---|
WLE Australia | ? | contact us | list of protected sites | wle-au | 0 | ||
WLE Jordan | ? | contact us | list of protected sites | wle-jo | 0 | ||
WLE Lebanon | ? | contact us | list of protected sites | wle-lb | 2 | ||
WLE Ecuador | ? | contact us | list of protected sites | wle-ec | 0 |
Jika anda ingin menganjurkan Wiki Loves Earth di negara anda, anda perlu melengkapkan langkah-langkah yang diperlukan:
- Mempunyai atau mencipta satu senarai kawasan lindungan yang relevan (di Wikipedia atau Commons). – Setiap negara mempunyai sistem yang berbeza dengan pelbagai peringkat kawasan lindungan (daripada taman negara yang besar sehinggalah sebatang pokok yang dilindungi di tengah-tengah kawasan). Kesemua objek ini biasanya ditakrifkan oleh dokumen-dokumen rasmi. Jika tidak terdapat senarai yang demikian untuk negara anda, anda boleh mencipta satu senarai awam kawasan yang layak untuk dipanggil sebagai tapak warisan semula jadi.
- Memiliki atau mencipta saranan yang jelas untuk gambar. – Perincikan aspek apakah yang perlu ditumpukan oleh para jurugambar.
- Mempunyai pasukan organisasi yang berfungsi dan namakan hubungan yang bertanggungjawab, contohnya senarai pengguna yang boleh membantu.
- Aturkan juri yang bagus untuk negara anda. Pada peringkat awal, sila fikirkan juga hadiah yang sesuai untuk para pemenang pertandingan.
- Cipta laman di Commons untuk negara anda (
Commons:Wiki Loves Earth 2015 in …
) dan uruskan kategori, templat dan sebagainya. (Nanti, anda mungkin perlu meminta pengguna lain untuk bantuan teknikal seperti penyesuaian kempen yan tertentu.) - Mempunyai soalan? – silalah tanya :)
Peraturan
- Set peraturan untuk bahagian pertandingan antarabangsa.
Bantuan dan soalan lazim
Di mana hendak bertanya?
Tempat utama untuk bertanyakan soalan dan memberi cadangan adalah di laman perbincangan WLE 2015 (Bahasa Inggeris lebih disukai). Untuk isu-isu bagi negara yang tertentu, sila gunakan laman pertanyaan yang dipautkan di bahagian atas "negara yang menyertai" (bahasa yang berbeza).
Laman lain untuk mendapatkan bantuan:
- wikilovesearthlists.wikimedia.org (langgan)
- #wikilovesearth webchat
- komen di tapak web wikilovesearth.org
Alatan dan pautan berguna
Alatan biasa daripada Wiki Loves Monuments disesuaikan untuk Wiki Loves Earth. Di WLE Ukraine 2013, kami menggunakan alatan kami sendiri, yang juga boleh didapati secara antarabangsa. Kemajuan penyesuaian dijejaki di bawah.
- Kempen muat naik WLE
- Untuk templat, sila lihat Category:Wiki Loves Earth templates.
- Untuk kempen sedia ada, sila lihat pautan wle-xx di senarai "Negara yang menyertai" di atas.
- Pengajur WLE dengan hak penyunting kempen adalah seperti berikut:
- User:Vikoula5 - Algeria
- User:Ilya - Ukraine
- User:Romaine - untuk kesemua negara dan tersedia untuk membantu sesiapa sahaja dengan kempen mereka
- Stats
- Perlumbaan negara
- Perlumbaan negara - hijau
- Statistik umum WLE 2015 (Dibangunkan oleh pasukan Brazil)
- Laman berguna yang lain
- Commons:Wiki Loves Earth 2015/Notis pusat (bandingkan laman 2014)
- Commons:Wiki Loves Earth 2015/Senarai pantau (bandingkan laman 2014)